Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.yung] | بردايوڠ

Definisi : 1. berperahu (berkapal, ber­sampan, dll) dgn menggunakan dayung, meng­gerakkan perahu dsb dgn menggunakan dayung, berkayuh: sesudah beberapa lama mati angin, kapal layar itu tidak bergerak dr tempatnya, sehingga anak buahnya terpaksa ~; 2. Id berkayuh basikal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.yung] | بردايوڠ

Definisi : 1 berperahu dgn menggunakan dayung; berkayuh: Mereka ~ menyeberangi sungai yg dalam itu. 2 merengkuh dayung utk menggerakkan sampan dll; berkayuh: Sesiapa yg cepat ~, dialah yg sampai dahulu. 3 naik basikal dgn memutarkan pengayuhnya. 4 memutarkan pengayuh utk menggerakkan basikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdayung

Puisi
 

Anak Cina berdayung sampan,
     Hendak menuju kuala pekan;
Kalau takut tabur umpan,
     Mana tahu ikan tak makan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Malu bertanya sesat di jalan,
     malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Segan bergalah, hanyut serantau, b. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut, c. Segan bertanya sesat jalan).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau berbiduk usah berdayung, Kalau berdayung bilakan tiba; Kalau duduk jangan bermenung, Kalau bermenung tiba hiba.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina berdayung sampan, Hendak menuju kuala pekan; Kalau takut tabur umpan, Mana tahu ikan tak makan.
Kurik Kundi Merah SagaTetak tebu buatkan dayung, Hendak berdayung tanah besar; Tuntut ilmu buatkan payung, Hendak berpayung di Padang Mahsyar.
Kurik Kundi Merah SagaTiga belas dayung kupaut, Hendak berdayung tanah seberang; Hati di dalam kelam kabut, Tidak kulupa kepada abang.
Kurik Kundi Merah SagaTetak tebu kilas ke dayung, Nak berdayung Laut Melaka; Tuntutlah ilmu buatkan payung, Nak menghindar api neraka.
Kurik Kundi Merah SagaJika negeri api di pinggir, Api Cina berdayung tongkang; Datang ke sini mencari fikir, Dayunglah sudah dilayar orang.
Kurik Kundi Merah SagaMengail Kuala Tanjung, Ketam tidak berjari; Kalau kucing pandai berdayung, Tikus juga pandai kemudi.
Kurik Kundi Merah SagaPatah galah di hujung tanjung, Hendak belayar angin mati; Kucing bergalah tikus berdayung, Mengapa ikan menghempas diri.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pulut lautan tanjung, Dapat satu si lumba-lumba; Muatan penuh sarat berdayung, Layar ditarik angin tak tiba.

Kembali ke atas