Kurik Kundi Merah Saga | Berdua-dua berjalan malam, Kain disidai di rumah sebelah; Mabuk arak dari semalam, Main mabuk bila nak sudah? |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan gelama dimasak tumis, Mari dimakan berdua-dua; Kucing tertawa ayam menangis, Sebab bercinta si bujang tua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Melayu dua serupa, Turun sekawan waktu pagi; Dari seorang baik berdua, Boleh juga bersuka hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain pelikat mukanya dua, Mari kait benang berduri; Sudah bertekad kita berdua, Orang lain jangan peduli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain pelikat kepala dua, Jahit dengan benang masturi; Sudah berpakat kita berdua, Cakap orang jangan peduli. |

Kurik Kundi Merah Saga | Anak sapi berkepala dua, Ditimbun raja tepi telaga; Buah hati abang berdua, Hendak dipilih sama serupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh satu bilang Melayu, Satu likur bilang Jawa; Sama-sama menanggung malu, Kalau mati kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bergelang batu berantai dua, Mana yang rantai mana yang tidak; Mana satu kekasih kitak berdua, Mana dikasih mana yang tidak. |