Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rem.bang] | برمبڠ

Definisi : merembang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rem.bang] | برمبڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg tumbuh di tepi pantai), berombang, gedalu, Sonneratia alba; buah ~ a) buah pokok berembang; b) bulatan pd puncak tiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berembang

Puisi
 

Buah berembang di atas para,
     Anak kumbang terlampai-lampai;
Memakai subang kusangka dara,
     Rupanya memang ditebuk tupai.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPokok berembang pokok bidara, Tumbang berpaut di dahan bakau; Kalau tuah memang ada, Jatuh ke laut menjadi pulau.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berembang di atas para, Anak kumbang terlampai-lampai; Memakai subang kusangka dara, Rupanya memang ditebuk tupai.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berembang buah bidara, Masak seuntai dua untai; Anak bersubang disangka dara, Macam mumbang ditebuk tupai.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berembang pedada kelat, Petik oleh budak-budak; Putus temberang kusambung kelat, Datang perahu belayar juga.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berembang untai beruntai, Mari beruntai dalam talam; Jangan tuan suka mengintai, Orang banyak lagi di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaAngin berhenti lautan tenang, Buah berembang dikutip nyonya; Teringin hati memetik kembang, Rupanya kembang sudah berpunya.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Rami banyak rumput, Tiga dengan Teluk Berembang; Berilah tali saya nak turut, Saya nak dengar cakap cik abang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina ke Tanjung Jati, Singgah petik buah berembang; Dari jauh tiba ke mari, Kerana budi baik orang.

Kembali ke atas