Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rem.bun]/[ber.em.bun] | برامبون

Definisi : 1. diliputi embun, disaput embun: rambutnya masih ~; 2. tidur di luar rumah dll (pd malam hari) hingga kena embun, berada (berjalan-jalan) di luar rumah dll pd malam hari (hingga kena embun): ia terpaksa ~ dan beratapkan langit hitam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rem.bun]/[ber.em.bun] | برامبون

Definisi : 1 disaput embun; ada embunnya: Daun-daun dan rumput-rumput masih ~. 2 kena embun kerana berada atau berjalan di luar rumah pd malam hari: Siang berpanas, malam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berembun

Puisi
 

Sudah mandi lalu berembun,
     Mandi mari pagi hari;
Bukan salah orang berkebun,
     Kerana ladang tumbuhan tak jadi.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Malam berselimut embun,
     siang bertudung awan.

Bermaksud :

Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Siang berpanas, malam berembun).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHendak berembun pergi ke pulau, Datang ke pulau pergi ke tanjung; Lagilah hidup kita bergurau, Sudahlah mati bergolek seorang.
Kurik Kundi Merah SagaSudah mandi lalu berembun, Mandi mari pagi hari; Bukan salah orang berkebun, Kerana ladang tumbuhan tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaPutik nanas dalam kebun, Ambil sebiji letak di tepi; Siang berpanas malam berembun, Tuan tidak ambil peduli.
Kurik Kundi Merah SagaSelagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas dayung petani, Bertanam nanas dalam kebun; Tidakkah belas pandangkan kami, Siang berpanas malam berembun.
Kurik Kundi Merah SagaLima belas dayung petani, Pisang emas masak di kebun; Tuanlah belas memandang kami, Siang nan panas malam berembun.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas gunung bertani, Tanam nanas di dalam kebun; Tuan tak belaskah dagang kami, Siang berpanas malam berembun.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas dayung ke Jambi, Putik nanas di dalam kebun; Adik tak belas memandang kami, Siang berpanas malam berembun.

Kembali ke atas