Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.lah] | برݢاله

Definisi : menggunakan galah, menjalankan perahu (rakit dsb) dgn memakai galah; segan ~ hanyut serantau prb kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian besar dlm kehidupan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.lah] | برݢاله

Definisi : 1 mempunyai atau ada galah: Saya tidak ~ utk menjolok buah itu. 2 menggunakan galah; menggerakkan atau menjalankan sesuatu dgn galah: Baginda telah lari ke hulu negeri dgn ~ rakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergalah

Puisi
 

Laksamana mudik beredap,
     Bergalah sahaja perahunya tidak;
Laksana bunga dedap,
     Merah sahaja berbaunya tidak.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Segan bergalah,
     hanyut serantau.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Malu makan, perut lapar).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPanglima raja mudik bergalah, Ditiup angin selatan daya; Laut darat dijadikan Allah, Asam manis semua serupa.
Kurik Kundi Merah SagaLaksamana mudik beredap, Bergalah sahaja perahunya tidak; Laksana bunga dedap, Merah sahaja berbaunya tidak.
Kurik Kundi Merah SagaDi zaman dahulu bergalah perahu, Di zaman sekarang bermotor sangkut; Dari dahulu adik dah tahu, Kenapa sekarang adik nak ikut.
Kurik Kundi Merah SagaCik Dollah mudik bergalah, Hendak mencari si batang gaharu; Duduk salah berdiri pun salah, Nasi kutelan rasa hempedu.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Cik Cepa mudik bergalah, Panjang sifat di lubuk jauh; Barang siapa menjadi salah, Hitam manis rambutnya kejur.
Kurik Kundi Merah SagaHanyut rakit dari seberang, Putus tali mari bergalah; Sungguh sakit bercinta seorang, Ibarat bertepuk tangan sebelah.
Kurik Kundi Merah SagaAwa-awa kena belatik, Sayang Cik Cepa mudik bergalah; Buat pura dua beradik, Barang siapa menjadikan salah.
Kurik Kundi Merah SagaPatah galah di hujung tanjung, Hendak belayar angin mati; Kucing bergalah tikus berdayung, Mengapa ikan menghempas diri.

Kembali ke atas