Kurik Kundi Merah Saga | Anak raja menjadi duyung, Menjadi duyung di dalam laut; Sangat sengsara hendak bergantung, Rasa bergantung di hujung rambut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bermasak nasi santan bergantung, Ambil puntung dari seberang; Tarik rebab mengenangkan untung, Untungku tidak seperti orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk turi berdahan merah, Tempat rama-rama duduk bergantung; Buah hati janganlah marah, Risaunya hati tidak tertanggung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bertali jalan Gumantong, Kalakati rendam di paya; Putus hati rasa bergantung, Orang benci apakan daya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putus tali mengail sotong, Ikan todak disambar buaya; Putus hati hendak bergantung, Tuan tak hendak apakan daya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putus tali Jalan Gumantong, Kelekati rendam di paya; Putus hati rasa bergantung, Orang benci apakan daya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Masak nasi periuk tergantung, Hanyut puntung dari paya; Niat hati hendak bergantung, Orang tak hendak apakan daya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Harap kami belayar ke Sadong, Kedondong sudah dibawa pulang; Harap kami hendak bergantung, Junjung sudah dilayarkan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mana perginya si pisang jantung, Akan dimasak santan kelapa; Kalau saya mati bergantung, Kerana tuan tidak mengapa. |