Kurik Kundi Merah Saga | Hitamlah hitam bergigi emas, Duduklah dia pandai berlawa; Sajalah hitam dipeluk kemas, Seperti memeluk intan gemala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit Tinggi tepi kota, Nampak dari tanah tambak; Harimau tak bergigi jangan dikata, Dinyoyot-nyoyot ditelan jugak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gilo-gilo layar ke Jintan, Jintan menuju pulau di laut; Puan yang elok bergigi hitam, Halus pinggangnya bagaikan diraut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik rakit bersila panggung, Patah galah batang keladi; Kalau sakit nak minta tolong, Mentekedarah tidak bergigi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sultan Mahmud mangkat dijulang, Bunyi khabar di Kota Tinggi; Sungguh tuan rimau garang, Ada juga tidak bergigi. |