Kurik Kundi Merah Saga | Hendak ke pulau ke pulau saja, Ke pulau jangan berdagang ubi; Hendak bergurau bergurau saja, Gurau jangan mengambil hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggilah tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Hendak bergurau selama ini, Ada kekasih jauh di selat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Bintangor airnya merah, Tempat budak bercuci kaki; Sebelum bergurau saya berolah, Dari hidup sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Bintangor airnya merah, Tempat budak bercuci kaki; Sebelum bergurau saya berolah, Dari hidup sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak ke pulau mencari papan, Papan ada tebing seberang; Hendak bergurau hendak berkawan, Kawan ada kekasih orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan boleh hilir ke kuala, Naik rakit tidak berperahu; Tuan kata bergurau senda, Hati sakit tuan tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batu Berendam Batu Kurau, Batu Lesung Batu Rakit; Rindu dendam bawa bergurau, Bawa termenung jadi penyakit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau menangkap ikan kurau, Rentang jaring hingga ke seberang; Adat hidup sahabat bergurau, Sudah mati terbaring seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan ribut kita ke pulau, Anak kekati menebar wang; Terlanjur hidup kita bergurau, Sudah mati tergolek seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ribut pergi ke pulau, Sayang hati ditinggal orang; Apa diribut kita bergurau, Sudah mati tinggal seorang. |