Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gu.ru] | برݢورو

Definisi : 1. belajar: sepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk telah memujuk Dayang utk menggantikan tempat Awang; 2. berlaku (bertindak) spt guru; ~ kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi prb ilmu yg tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gu.ru] | برݢورو

Definisi : 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berguru

Puisi
 

Berburu ke Padang Datar,
     Dapat rusa bergelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
     Macam bunga kembang tak jadi.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang berderak pandai berguru, Sayang selasih terbuang layu; Mujur saya baru berguru, Kalau tidak terbuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaBerburu ke Padang Datar, Dapat rusa bergelang kaki; Berguru kepalang ajar, Macam bunga kembang tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaBerburu tidak mengejar pun tidak, Hendak masuk ke dalam hutan; Berguru tidak belajar pun tidak, Sesat tak tahu cara Islam.
Kurik Kundi Merah SagaKedemat burung kedamat, Hendak berkawan burung geroda; Kalau badan hendak selamat, Baik berguru ayah dan bonda.
Kurik Kundi Merah SagaAnjinglah asap asap berbuku, Anjing menyalak di pintu kota; Lagi tak dapat lagi berguru, Hendaklah sapu arang di muka.

Kembali ke atas