Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak berhajat besar, Tidak saya sampai ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi selat bulan lima, Beli bawang dua sepuluh; Saya berhajat sudah lama, Tiada tempat saya menyuruh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke selat bulan lima, Beli bawang dua sepuluh; Saya berhajat sudahlah lama, Tiada orang hendak disuruh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jatuh berserak di dalam padi, Anak belangkas beruang perahu; Kalau berhajat di dalam hati, Khabar lekas supaya kutahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan sepat mudik ke hulu, Lumba-lumba mudik berkawan; Saya berhajat dari dahulu, Hendak berlumba denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanam papaya tumbuh langsat, Dililit kangkung bertali-tali; Seribu daya kalau berhajat, Gunung tinggi papah didaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas; Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baru saja adik berkain, Adik berkain malam Jumaat; Bukan saya pandai bermain, Saya melangsung orang berhajat. |