Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.ti] | برهاتي

Definisi : 1. mempunyai hati: beliau ~ keras dan berpendirian tegas; 2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yg halus, menaruh belas kasihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ha.ti] | برهاتي

Definisi : mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berhati

Puisi
 

Kancingnya tujuh,
     Mengecipuk air di dulang;
Kalau Si Awang berhati sungguh,
     Ambil sebiji dibawa pulang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Gajah berhati,
     kuman pun berhati juga.

Bermaksud :

Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu.

 

Lihat selanjutnya...(21)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPucuk putat di hujung kayu, Pucuk pauh baru nak kembang; Duduk dekat berhati malu, Duduk jauh berhati bimbang.
Kurik Kundi Merah SagaKancingnya tujuh, Mengecipuk air di dulang; Kalau Si Awang berhati sungguh, Ambil sebiji dibawa pulang.
Kurik Kundi Merah SagaTepak ini buatan Palembang, Mari dialas dengan kertas; Jangan adik berhati bimbang, Benda di tangan tidak terlepas.
Kurik Kundi Merah SagaMengaji Qurªan Istanbul, Lambat pandai di tengah hari; Kalau adinda berhati betul, Kasilah abang cincin di jari.
Kurik Kundi Merah SagaLabuan kedai Yahudi, Dari Beaufort di kedai Cina; Kalau tuan berhati sudi, Bunga sekuntum dibahagi dua.
Kurik Kundi Merah SagaKajang tuan tali mengkuang, Kajang saya bertali jerami; Janganlah tuan berhati bimbang, Gunung dikejar takkan lari.
Kurik Kundi Merah SagaKajang tuan tali mengkuang, Kajang saya bertali jerami; Janganlah tuan berhati bimbang, Gunung dikejar takkan lari.
Kurik Kundi Merah SagaDayang Anuman minta dibunuh, Dibungkus dengan peraca palang; Kalau tidak berhati sungguh, Jangan merebut kekasih orang.
Kurik Kundi Merah SagaBaju hitam kancingnya tujuh, Berikat kain di pinggang; Kalau tuan berhati sungguh, Boleh ikut kami dari belakang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau abang pergi ke Daik, Ikan gelama masak kelapa; Kalau abang berhati baik, Sampai bila adik tak lupa.
12

Kembali ke atas