Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.i.kan] | برايکن

Definisi : 1. mempunyai ikan; 2. mencari atau menangkap ikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berikan

Puisi
 

Hendak makan tidak berikan,
     Ikan lumba makan juga;
Hendak berkayuh tiada bersampan,
     Hati rindu kutahan juga.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

302

Don't let the fox guard the hen-house

Jangan berikan tanggungjawab atau kepercayaan kepada orang yang tidak patut dipercayai.

Jangan menyuruh kapak menyelam beliung

The people were really angry when it was discovered that a known swindler had been elected as the treasurer of the village. It was unbecoming to let the fox guard the hen-house. We feared that he might exploit his position for his own interests.

Orang ramai naik marah apabila mendapat tahu bahawa seorang lelaki yang diketahui kaki putar belit dipilih menjadi bendahari kampong itu. Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. Kami khuatir dia mungkin menggunakan kedudukannya demi kepentingan peribadi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHelang pungguk helang berikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh unjuk tidak berikan, Pepat di luar rencong di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaHendak makan tidak berikan, Ikan lumba makan juga; Hendak berkayuh tiada bersampan, Hati rindu kutahan juga.
Kurik Kundi Merah SagaNak makan tidak berikan, Ikan dulu makan juga; Hendak berkayuh tidak bersampan, Hati rindu ditahan juga.
Kurik Kundi Merah SagaHendak makan tidak berikan, Lundu-lundu makan juga; Hendak berjalan tiada berkawan, Hati rindu ditahan juga.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pipit di dalam bakul, Ambil seekor berikan saya; Alang bukit lagi kucangkul, Ini pula tanah paya.
Kurik Kundi Merah SagaTudung periuk pandai menari, Buatan orang Melaka; Kain buruk berikan kami, Akan pemalit si air mata.
Kurik Kundi Merah SagaSi pungguk helang karikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh dia unjuk berikan, Pepat di luar rencong di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina anak Belanda, Pulang terbang Batu Lintan; Jikalau kena dengan cara, Nyawa dan badan saya berikan.

Kembali ke atas