Kurik Kundi Merah Saga | Beringin di tepi huma, Daun lebat sebelukar; Ingin hati memetik bunga, Pangkal dililit ular besar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok beringin daunnya hijau, Pokok lada ditebas budak; Hati ingin memandang pulau, Biduk ada pengayuh tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Beringin Simpang Renggam, Padi pulut tanahnya lembah; Abang ini sirih digenggam, Mari ikut sampai ke rumah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok beringin di tepi huma, Pucuk melempat ke luar pagar; Hati ingin melihat bunga, Bunga dilingkar ular besar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok beringin berpucuk muda, Tempat camar tumpang meniti; Kerana miskin emas tiada, Tertolak lamar terurailah janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah beringin buah bidara, Dari Lukut ke Pulau Pinang; Hati ingin kepada dara, Hati takut hendak meminang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bawa balik daun beringin, Mari diletak di atas tangga; Sudah nasib begini badan, Sudah jatuh ditimpa tangga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi pusat tinggi beringin, Tempat menggantung anak dewa; Hendak berpesan dengan angin, Angin tidak pandai berkata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit Chuping Gua Beringin, Tempat orang ambil baja; Putih kuning jangan diingin, Banyak orang balik saja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rendang sungguh si pohon beringin, Berhenti rehat tengah hari; Bila hati sudah teringin, Tua muda hamba tak peduli. |