Kurik Kundi Merah Saga | Raja Zubaidah berjalan ke padang, Lalu berjalan ke bawah bukit; Lain dahulu dari sekarang, Jauh beza bukan sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang kijang berjalan, Kijang mencari daun lana; Petang-petang bujang berjalan, Bujang nak cari anak teruna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan berjalan ke darat-darat, Mari berjumpa Abang Ismail; Bukan burung dapat dijerat, Bukan ikan mati di kail. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau berjalan terasa lambat, Kalau berlari terasa cepat; Jangan kita suka mengumpat, Rugi di dunia di akhirat tak dapat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berjalan pagi hari, Anak raja mati tertikam; Bawa andang suluh negeri, Di mana ada intan manikam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi berjalan jambatan panjang, Buat ketupat dimakan Mak Usu; Mudah-mudahan umur panjang, Ada hayat kita bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari redup berjalan di kota, Alamat hujan malam hari; Kalau hidup tak punya harta, Biarlah mati tinggalkan budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang Juita berjalan kaki, Rumah buruk tangga sembilan; Menyuruh gila apakan jadi, Seperti pungguk rindukan bulan. |