Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jan.ji] | جنجي

Definisi : membuat (mengikat) janji: dia ~ akan datang ke rumah saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jan.ji] | جنجي

Definisi : bersetuju utk membuat atau utk melaksanakan sesuatu; mengikat janji: Ia ~ akan menyekolahkan adiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,

Puisi
 

Pantai teluk terlalu indah,
     Tempat lalu perahu payang;
Berjanji mulut memang mudah,
     Menepati janji sangatlah jarang.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Ya sepanjang hari,
     janji sepanjang jalan.

Bermaksud :

Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKeranji buah berangan, Berangan tidak berbunga tinggi; Berjanji berjabat tangan, Kufikir tidak berubah hati.
Kurik Kundi Merah SagaPantai teluk terlalu indah, Tempat lalu perahu payang; Berjanji mulut memang mudah, Menepati janji sangatlah jarang.
Kurik Kundi Merah SagaHaji-haji berbaju jubah, Sembahyang dalam perahu; Tuan berjanji tidak berubah, Bulan di atas dimakan Rahu.
Kurik Kundi Merah SagaBuah keranji buah berangan, Berangan tidak berbunga tinggi; Berjanji berjabat tangan, Kusangka tidak berubah lagi.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil lidi menyapu halaman, Burung tekukur memakan padi; Berjanji mati di tapak tangan, Hendak berkubur di hujung jari.
Kurik Kundi Merah SagaTuan menjaja Qurªan Istanbul, Lambat tamat dipelajari; Kalau tuan berjanji betul, Dilucut akan cincin di jari.
Kurik Kundi Merah SagaTuan Haji memakai jubah, Mari sembahyang berhantar lalu; Fasal berjanji tidak berubah, Fasal merubah saya tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Serani Cina ulaman, Sedikit tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegang tangan, Sedikit tidak berubah hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Serani Cina ulaman, Sedikit tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegang tangan, Sedikit tidak berubah hati.
Kurik Kundi Merah SagaBunga lada tangkainya sama, Petik setangkai kembang melati; Adinda berjanji terlalu lama, Tidak sanggup kanda menanti.
123

Kembali ke atas