Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.je.mur] | برجمور

Definisi : mengeringkan (memanaskan) ba­dan di panas matahari: dia ~ di atas pasir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.je.mur] | برجمور

Definisi : berpanas dlm cahaya matahari: Budak itu pengsan kerana terlalu lama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemur
Kata Terbitan : berjemur, menjemur,

Puisi
 

Guruh petir penuba limbat,
     Pandan berjemur di seberang;
Dua tiga mencari ubat,
     Ubat dapat badanlah hilang.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBerenang ada berjemur tidak, Orang berjimat mandi di kali; Berpandang ada bertegur tidak, Rasa kiamat di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaGuruh petir penuba limbat, Pandan berjemur di seberang; Dua tiga mencari ubat, Ubat dapat badanlah hilang.
Kurik Kundi Merah SagaDaging ada berbatang tiga, Orang berjemur di batang padi; Saya hendak kasih bertiga, Rasa kiamat di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke hutan memburu rusa, Rusa berjemur di tengah panas; Kalau pandai menimbang rasa, Jangankan tepi di tengah tak lemas.
Kurik Kundi Merah SagaAnak anjing dua beradik, Satu bodoh satu cerdik; Saya umpama teras yang baik, Tahan berjemur di panas terik.

Kembali ke atas