Kurik Kundi Merah Saga | Berjudi kalah lari ke mana, Lari ke hutan ke celah rimba; Abang nak bujang sampai ke mana, Kalau tak boleh macam adinda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laman tempat orang berjudi, Kalau kalah lari ke mana Kalau tak jumpa teman sejati, Abang nak bujang selama mana? |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang belayar di atas layar, Orang berjudi di atas rimbat; Hutang rial boleh dibayar, Hutang budi bertambah rimbat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua tiga ke ladang mencari, Orang berjudi di dalam puan; Dua tiga boleh kucari, Tidak sama semacam tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kuala Johor jangan diduga, Kuala Pekan orang berjudi; Antara tidur dengan jaga, Terasa tuan datang ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Galah terpacak di tengah laman, Laman tempat orang berjudi; Bukan tak hendak mencari teman, Belum dapat teman sejati. |