Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.sih] | برکاسيه

Definisi : berasa kasih: adat ~ menanggung rindu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Terbang berkasih burung di awan,
     Telur menetas induknya mati;
Bercerai kasih muda bangsawan,
     Bercerai hidup baik mati.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Sebagai aur dengan tebing.

Bermaksud :

Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJebak-jebak tanam selasih, Mari ditanam sudut laman; Orang muda jangan berkasih, Kalau berkasih dibuat teman.
Kurik Kundi Merah SagaTerbang berkasih burung di awan, Telur menetas induknya mati; Bercerai kasih muda bangsawan, Bercerai hidup baik mati.
Kurik Kundi Merah SagaBanyaklah sudah makan di padang, Sudahlah laku banyak berkasih; Banyaklah abang sudah kupandang, Abanglah juak penghabis kasih.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana punai melayang, Dari sawah memotong padi; Bagaimana berkasih sayang, Dari mata sampai ke hati.
Kurik Kundi Merah SagaApa khabar tamu Acheh, Kalau Acheh rasinya; Macam mana berkasih, Kalau kasih ada budinya.
Kurik Kundi Merah SagaTengah mengatih bertenun jangan, Kalau bertenun secara kembang; Kalau berkasih bersenyum jangan, Kalau bersenyum ketawa dek orang.
Kurik Kundi Merah SagaPohon selasih pohon kurma, Pulau belukar batang gelugur; Kita berkasih sudah lama, Bentang tikar tempat tidur.
Kurik Kundi Merah SagaOranglah Acheh keratlah kuku, Kerat-kerat luka jarinya; Oranglah berkasih tidak begitu, Taruh terikat di dalam hatinya.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Acheh mengerat kuku, Mari dikerat jarinya luka; Jikalau berkasih adat dahulu, Habis hidayat barulah lupa.
Kurik Kundi Merah SagaMakan sirih berpinang tidak, Sirih ambik dari seberang; Sudah berkasih bertunang tidak,kasih/tunang Ada kekasih diambil orang.
1234

Kembali ke atas