Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.ta] | برکات

Definisi : mengeluarkan apa yg terfikir dgn kata-kata, mengeluarkan kata-kata, bertutur: maka Hanuman pun ~, “Ya Tuanku maharesi ...”; ada Doris ~ benar spt apa yg telah dikatakannya kepadaku; ~ dua mengeluar­kan perkataan yg berlainan drpd maksud yg sebenarnya; ~ siang melihat-lihat, ~ malam mendengar-dengar prb, Mn kalau hendak membicarakan sesuatu, baiklah berhati-hati; sudah ~ satu prb tidak berubah drpd yg telah diucapkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.ta] | برکات

Definisi : mengeluarkan fikiran (pendapat dll) dgn (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Jong-jong muka pintu,
     Hendak belayar hutan seberang;
Jangan Mak Jah berkata begitu,
     Bunyinya malu di depan orang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Bercakap memandang-mandang,
     silap lidah jiwa hilang.

Bermaksud :

Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati. (Bandingkan dengan: Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).

 

Lihat selanjutnya...(33)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMenghadap raja di Acheh, Lipat kajang suntingkan kain; Beradab berkata kasih, Tolak belakang mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaJong-jong muka pintu, Hendak belayar hutan seberang; Jangan Mak Jah berkata begitu, Bunyinya malu di depan orang.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Gamung orang Melaka, Lipatlah kajang kemas-kemas; Janganlah sombong adik berkata, Di mana kijang bertanduk emas?
Kurik Kundi Merah SagaBukannya parang hulu permata, Parang sakti tidak berulu; Bukan sekarang saya berkata, Sudah terjanji dari dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaPagar besi pagar kota, Sampai ke taman bunga; Abang tak reti adik berkata, Abang tak tahu apa makna.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan ke Kota Bharu, Pauh janggi di tepi laman; Kalau tuan berkata begitu, Mari kita berpegangan tangan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan ke Kota Bharu, Pauh janggi di tepi laman; Kalau tuan berkata begitu, Mari kita berpegangan tangan.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan terus ke kota, Bersuka ria baba dan nyonya; Terus terang kita berkata, Hajat hendak menyunting bunga.
Kurik Kundi Merah SagaGunung Banang tinggi mengawan, Nampak dari Pulau Sialu; Sudah lama hati tertawan, Hendak berkata terasa malu.
Kurik Kundi Merah SagaBaru sekali pergi ke kota, Datang ke kota bunyi bergaduh; Baru sekali saya berkata, Hendak peduli kakanda jauh.
12

Kembali ke atas