Kurik Kundi Merah Saga | Nak berkebun berkebun sangat, Buah limau masak layu; Nak berpantun pantun sangat, Macam Cina masuk Melayu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berkebun saya berkebun, Dalam kebun bertanam bunga; Orang berpantun saya berpantun, Dalam pantun ada makna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan hendak berkebun, Air ngat dalam cawan; Kalau tuan pandai berpantun, Jangan bagi hangat hati kawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Wahab suka berkebun, Tebang nanas di tepi paya; Jangan diharap setitik embun, Kena panas keringlah ia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asap berkepul di Tanjung Batu, Orang berkebun di Kampung Baharu; Jangan adik pergi dahulu, Hati tak tahan menanggung rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah mandi lalu berembun, Mandi mari pagi hari; Bukan salah orang berkebun, Kerana ladang tumbuhan tak jadi. |