Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik berkecai-kecai, Mana sekecai dimakan gagak; Jangan saya terintai-intai, Kalau hendak ke mari dekat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik berkecai-kecai, Mana sekecai dimakan gagak; Jangan saya terintai-intai, Kalau hendak ke mari dekat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi bukit gunung mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat jangan berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Kasih sayang sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur gading puncak mahligai, Ketupat manis berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Sudah dapat baru berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain perai baju pun perai, Letak mari atas peti; Hancur badan tulang berkecai, Budi adik dibawa mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah nyiur di pucuk mahligai, Anyam ketupat tidak berinti; Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun. |