Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini malam Isnin, Malam besok malam Selasa; Tuntutlah ilmu sampai berkenan, Lepaslah kamu dari seksa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singgah berlabuh di Tanjung Jati, Nakhodanya pakai si baju merah; Berasa berkenan di dalam hati, Abang nak tegur takut dimarah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singgah berlabuh di Tanjung Jati, Nakhodanya pakai si baju merah; Berasa berkenan di dalam hati, Abang nak tegur takut dimarah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Negeri Perlis Indera Kayangan, Tempat orang mengambil baja; Kalau sudah rasa berkenan, Siaplah duit untuk belanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Siti buat penganan, Penganan dibuat untuk kenduri; Bilalah hati sudah berkenan, Orang lain tak usah peduli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak beruk sebesar lengan, Mari dibungkus tudung kain; Sungguhpun buruk hatiku berkenan, Tidak boleh ditukar lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak beruk besar lengan, Mari letak atas meja; Sungguh buruk hati berkenan, Tidak boleh ditukar juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak beruk sebesar lengan, Naik didukung si kayu kain; Sungguh buruk hatiku berkenan, Tak boleh ditukar yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak beruk besar lengan, Pukullah mari si kayu kain; Sungguh buruk hati berkenan, Hatiku tidak kepada lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak beruk besar lengan, Turun ke paya mencuri kain; Sungguh buruk saya berkenan, Tidaklah saya mencari lain. |