Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.lat] | برکيلت

Definisi : 1. memancarkan kilat, mengeluar­kan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat ber­sinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ki.lat] | برکيلت

Definisi : mengeluarkan kilat; bercahaya; berkilau: Kasutnya hitam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkilat

Puisi
 

Sikat rambut berkilat-kilat,
     Tikar bantal dengan tilam;
Minum sedikit menjadi ubat,
     Tuan laksana air nilam.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Di luar berkilat di dalam berongga.

Bermaksud :

Lahirnya baik, batinnya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBerkilat air di perigi, Nak mandi rasa tak jadi; Berlilat laka di gigi, Itulah pembawa rosak di hati.
Kurik Kundi Merah SagaSikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam.
Kurik Kundi Merah SagaRambut hitam berkilat-kilat, Jatuh ke bantal berlipat-lipat; Tuan laksana air yang lebat, Minum sedikit menjadi ubat.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan tepi berkilat, Cicir di jalan siapa punya; Hajat hamba mengirim surat, Adakah tuan sudi membalasnya?
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Po Tanjung Berapi, Api berkilat di mungguk kubur; Rasa nak beku di dalam hati, Melihat tuan iman gugur.
Kurik Kundi Merah SagaDapur kayu dapur belulang, Nampak saja berkilat-kilat; Cakap tuan tak usah berulang, Adik pandai menangkap kilat.

Kembali ke atas