Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ki.ra] | برکيرا

Definisi : ; berkira-kira 1. berura-ura, berhitung-hitung, berfikir-fikir, menimbang-nimbang: maka Raja Chulan pun ~ hendak menyerang negeri China; aku mengeluarkan perkataan-perkataan itu dgn tidak ~ lagi; 2. bercadang-­cadang (berniat, bersedia-sedia) hendak ber­buat sesuatu, beragak-agak: lama sudah ia ~ hendak melancong ke negeri-negeri Eropah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,

Puisi
 

Pandang-pandang kanan dan kiri,
     Melintas jalan berkira-kira;
Kurang ringgit boleh dicari,
     Kurang akal habis bicara.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAda satu Putera Alam, Duduk berkira siang malam; Sungguh jernih air di kolam, Tunggul buruk ada di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaPandang-pandang kanan dan kiri, Melintas jalan berkira-kira; Kurang ringgit boleh dicari, Kurang akal habis bicara.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil galah pelepah jantung, Pucuk bayam pucuk meranti; Kalau kita berkira pantun, Kokok ayam abang tak henti.
Kurik Kundi Merah SagaKalau abang menebang ara, Hendaklah tebang dengan kapak; Kalau abang hendak berkira, Pergi berjumpa ibu dan bapak.
Kurik Kundi Merah SagaRaja semayam di dalam kota, Banyak menghadap segala menteri; Pada saya hendak berkira, Abang baik pergi sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik di dalam longkang, Habis dimakan anak buaya; Kalaulah adik mengikut abang, Bolehlah abang berkira-kira.
Kurik Kundi Merah SagaOrang datang berduyun kereta, Hendak makan jamuan raja; Boleh berjumpa ayah dan bonda, Di situ boleh abang berkira.
Kurik Kundi Merah SagaMati dipanah raja bestari, Raja semayam di dalam kota; Kalau dipinang ayahnya tak beri, Bolehlah adik pergi berkira.

Kembali ke atas