Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Baram terlalu bangat, Lama berkayuh sembilan hari; Berkirim salam minta selamat, Berkirim surat minta jumpai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Baram terlalu bangat, Lama berkayuh sembilan hari; Berkirim salam minta selamat, Berkirim surat minta jumpai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak raja berkirim surat, Dari timur sampai ke barat; Senjata lama dah dimakan karat, Mana tikam susah nak lekat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau pecah piring ini, Saya tidak berkirim lagi; Kalau sudah nyanyi ini, Saya tidak menyanyi lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika tuan pergi ke laut, Saya berkirim api-api; Tuan bercakap manis di mulut, Saya mendengar pedih di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam pauh asam pulasan, Ketika bambangan balu; Meskipun jauh berkirim pesan, Pesan jangan dibuang lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kanan jalan kiri pun jalan, Tengah-tengah pokok mengkudu; Pesan jangan berkirim jangan, Sama-sama menanggung rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan menggali ubi, Ubi digali berkarung-karung; Tuan di awan saya di bumi, Berkirim surat di mulut burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan menggali ubi, Ubi digali berkarung-karung; Tuan di awan saya di bumi, Berkirim surat kepada burung. |