Kurik Kundi Merah Saga | Berkokok ayam di lanting, Menyahuti ayam di paya; Makan pinang sirih digunting, Dikepit juga sama suara. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ayam berkokok pagi, Itu tanda hari nak siang; Sudah jumpa jantung hati, Bulan terang disangka siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ayam berkokok pagi, Itu tanda hari nak siang; Sudah jumpa jantung hati, Bulan terang disangka siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam putih berkokok lalu, Daun serbat di dalam padi; Adik putih alang gemalu, Tidak galak di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi hari ayam berkokok, Hendak pergi ke Padang Semu; Saya hendak masak di pokok, Masak rendah saya tak mahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Kesang pergi Merlimau, Dengar suara ayam berkokok; Cik tuan musang saya rimau, Kalau kukejar panjat pokok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menjala di tepi pantai, Dengar suara ayam berkokok; Kalau pandai menjaga tupai, Bilakah rosak buah di pokok. |