Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.ga] | برلاݢ

Definisi : memegahkan (meninggi­kan) diri sendiri, takbur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ga] | برلاݢ

Definisi : 1. bersabung (lembu, ayam, dll), berkelahi, bergaduh: maka kedua-dua ayam itu pun ~lah; 2. berlanggaran (kereta, pinggan mangkuk, dll), berhantukan: bunyi kuali dan sudip ~ jelas kedengaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.ga] | برلاݢ

Definisi : 1 bersabung (bkn ayam, lembu dll); berkelahi: Pernahkah kamu melihat ayam ~ dgn puyuh? 2 berlanggaran atau berhantukan (bkn kereta, pinggan mangkuk dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laga
Kata Terbitan : berlaga, melagakan, melaga-lagakan, memperlagakan, perlagaan,

Puisi
 

Katak puru kerbau Perlis,
     Alah berlaga dengan gergasi;
Tempuh bahu nak bercakap tak boleh,
     Pandang mata terasa nak jadi.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Tiada terlerai kerbau berlaga dengan janjang.

Bermaksud :

Tidak dapat menceraikan orang yang sedang berkasih sayang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTariklah papan berlaga-laga, Anak ikan menari ke hulu; Minta mandi si air mata, Minta dikapan kain dan baju.
Kurik Kundi Merah SagaKatak puru kerbau Perlis, Alah berlaga dengan gergasi; Tempuh bahu nak bercakap tak boleh, Pandang mata terasa nak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaAyam Bugis menyabung tali, Mari berlaga Alor Kesinai; Adik putih cuba lalu lagi, Berpaling tengok abang nak kenai.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tambi mengetam papan, Papan diketam berlaga-laga; Minta mati dalam pangkuan, Minta disiram si air mata.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina mengetam papan, Papan diketam berlaga-laga; Meminta mati dalam pangkuan, Meminta siram si air mata.
Kurik Kundi Merah SagaMain sengat pantang dipegang, Main senduk bawa berlaga; Main semangat berjuang gelanggang, Main meredah hujan tenaga.
Kurik Kundi Merah SagaBurung gok-gok mati di dahan, Mati berlaga burung serindit; Hati mabuk jangan ditahan, Kalau ditahan menjadi penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaTanam tebu beruas-ruas, Tanam dari tepi telaga; Lautan lebar bukankah luas, Kenapa kapal selalu berlaga?

Kembali ke atas