Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.lu] | برلالو

Definisi : 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perem­puan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.lu] | برلالو

Definisi : 1 berjalan; berlepas: Tidak lama kemudian, mereka pun ~ pulang. 2 lepas (bkn waktu); lewat; lampau: Peluang keemasan spt itu jangan dibiarkan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Orang berpantun di Kampung Hulu,
     Sambil mencabut ulam bermi;
Tujuh tahun musim berlalu,
     Baru tersedar rumput di bumi.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKapur barak bertupa-tupa, Tiram berlalu sungai Mat Dadeh; Hati nak marah bercampur suka, Hilang malu kerana kasih.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berpantun di Kampung Hulu, Sambil mencabut ulam bermi; Tujuh tahun musim berlalu, Baru tersedar rumput di bumi.

Kembali ke atas