Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.li.nang] | برلينڠ

Definisi : , berlinang-linang, melinang 1. bercahaya-cahaya, berkilat-kilat, berkilau: si laki-laki berminyak rambut hingga berlinang-linang dan perempuan memakai gincu bibir; 2. jatuh menitik (air mata dll), menitis: maka keempat-empat saudara itu pun berlinang-linanglah air matanya mendengar cerita saudaranya itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.li.nang] | برلينڠ

Definisi : 1 bertakung di kelopak mata (bkn air mata); bergenang. 2 berkilat atau berkilau (kerana diselaputi minyak dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
linang
Kata Terbitan : berlinang, linangan,

Puisi
 

Ikan keli mati di laut,
     Banyak lemak berlinang-linang;
Tangan kiri menyapu habuk,
     Tangan kanan mengunjuk pinang.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaIkan tenggiri ikan di laut, Pecah lemak berlinang-linang; Tangan kiri mengirai rambut, Tangan kanan menumbuk pinang.
Kurik Kundi Merah SagaIkan keli mati di laut, Banyak lemak berlinang-linang; Tangan kiri menyapu habuk, Tangan kanan mengunjuk pinang.
Kurik Kundi Merah SagaPasang kelong laut Mengkalis, Tumis santan linang berlinang; Biar remuk jiwaku habis, Lagi tak dapat hati tak senang.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke sana bulan mengambang, Menangkap ikan dalam telaga; Lemak telur berlinang-linang, Sisik terlekat pada dada.
Kurik Kundi Merah SagaTerbang tempua melayang-layang, Dari sawah ke Kampung Pandan; Air mata di pipi berlinang, Ke mari sayang saya usapkan.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pinang pulaunya indah, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang sejarah yang sudah, Berlinang lebih si air mata.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pinang Pekan Baru, Kapten Light menjadi raja; Bila terkenang zaman dahulu, Jatuh berlinang air mata.
Kurik Kundi Merah SagaBidadari dari hutan, Singgah menganyam di dalam kota; Tepuk dada kenangkan tuan, Jatuh berlinang air mata.
Kurik Kundi Merah SagaTidaklah dapat kuikat-ikat, Diikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Airlah mata jatuh berlinang.
Kurik Kundi Merah SagaTidak boleh dibenang-benang, Anak Lingga mabuk pinang; Tidak boleh dikenang-kenang, Air mata jatuh berlinang.
12

Kembali ke atas