Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main.main] | برماءين-ماءين

Definisi : 1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguh­sungguh, berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main.main] | برماءين-ماءين

Definisi : 1 bersenang-senang atau bersuka-suka dgn melakukan sesuatu: Ketika ibu memasak di dapur, kami ~ di halaman. 2 tidak bersungguh-sungguh; hanya utk berkelakar saja: Mereka itu ~ saja, bukan berkelahi sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain ini kain basah,
     Bila masa berkain lagi;
Main ini main penyudah,
     Bila masa bermain lagi.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKain ini kain basah, Bila masa berkain lagi; Main ini main penyudah, Bila masa bermain lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKain ini kain basah, Bila masa berkain lagi; Main ini main penyudah, Bila masa bermain lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak bermain panah, Main panah tanah seberang; Semua pokok tumbuh di tanah, Api-api tumbuh di cabang.
Kurik Kundi Merah SagaSayalah tidak pandai berkain, Sebarang kain saya kainkan; Saya tidak pandai bermain, Sebarang main saya mainkan.
Kurik Kundi Merah SagaSudah tahu jambatan licin, Apa guna main kuda; Sudah tahu saya miskin, Apa guna bermain muda.
Kurik Kundi Merah SagaSudah tahu jambatan licin, Apa guna main kuda; Sudah tahu saya miskin, Apa guna bermain muda.
Kurik Kundi Merah SagaSayang ke bukit pergi ke daerah, Tempat orang menyidai kain; Main sedikit jangan marah, Memang adat kita bermain.

Kembali ke atas