Kurik Kundi Merah Saga | Dari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari jauh bermalam datang, Tetak sangkar pancung kemudi; Darilah jauh kamilah datang, Mendengar tuan baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Rupat tempat bermalam, Sampan kolek muatan sarat; Kalau dekat kukirim salam, Kalau jauh kirim surat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hutan lipur tempat bermalam, Sungai Pahang airnya tenang; Walaupun jauh rindu mengidam, Tapi bimbang masuk meminang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi Makkah lalu Madinah, Singgah bermalam tengah laut; Dengarlah ratap Siti Fatimah, Dengarlah suara Nabi Allah Daud. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang tua pandai menilik, Singgah bermalam di Kampung Cina; Kalau asal buah yang baik, Mengkal masak manis rasanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang belayar ke Majapahit, Singgah bermalam ke Kampung Melayu; Kalau sudah benang tak baik, Campur sedikit rosak selalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gertak-gertak perahu Cina, Singgah bermalam di Tanjung Jati; Tembak rusa gajah yang kena, Suluh tengok pelanduk yang mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gertak-gertak perahu Cina, Singgah bermalam di Tanjung Jati; Panah gajah rusa yang kena, Rusa dilihat pelanduk yang mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Deli pergi Palembang, Singgah bermalam dalam pekan; Berapa tinggi kumbang terbang, Di tangkai jua mencari makan. |