Kurik Kundi Merah Saga | Muar belum bernama Muar, Muar bernama Libar Condong; Lucut baju lucut seluar, Besarlah sial malang merundung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jauh ayam dalam kurung, Kurung bernama Cik Murai; Padi masak dimakan burung, Burung bernama burung punai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ikan dimakan ikan, Ikan bernama si jarang lidi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Serai ini bukan serai kayu, Serai bernama penyakit kulit; Cerai ini bukan cerai lalu, Cerai bernama berulang-alik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Serai ini bukan serai kayu, Serai bernama penyakit kulit; Cerai ini bukan cerai lalu, Cerai bernama berulang-alik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di sini rumput di sana rumput, Rumput bernama pudak Melaka; Di sini luput di sana luput, Baru bernama badan celaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah bernama lagi bertuah, Singgah bersila lalu duduk; Asal bunga menjadi pelepah; Adakah pelepah melawan pucuk? |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit bernama Bukit Pandan, Tempat orang tembak batu; Batu canai disangka intan, Bila dilihat baru tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura bernama Selat, Kain sutera bercampur benang; Pura-pura hantap melihat, Dalam hati syukur mengenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura bernama Selat, Kain sutera bercampur benang; Pura-pura hantap melihat, Dalam hati syukur mengenang. |