Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.nia.ga] | برنياݢ

Definisi : , meniaga ark menjual barang sbg satu pekerjaan, berjual beli, berdagang: aku dan Hassan Putih telah mulai ~ kecil-kecilan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.nia.ga] | برنياݢ

Definisi : berjual beli; berda­gang: Saya lebih suka ~ drpd bekerja sbg kerani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niaga
Kata Terbitan : berniaga, perniagaan, peniaga,

Puisi
 

Orang berniaga semalam-malaman,
     Apa jualan pulut berinti;
Hidup di dunia buat amalan,
     Untuk bekalan akhirat nanti.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Berniaga buluh kasap,
     hujung hilang pangkal lesap.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa benda dalam pasu, Rebus ketupat jadi batu; Kalau berniaga kongsi bisu, Jangan untung rugi tak Berniaga/untung
Kurik Kundi Merah SagaOrang berniaga semalam-malaman, Apa jualan pulut berinti; Hidup di dunia buat amalan, Untuk bekalan akhirat nanti.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk berniaga di Kampung Cina, Buat sempadan Datuk Penghulu; Jangan harap pada bunga, Bunga tidak kembang selalu.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk berniaga dalam pekan, Pakai seluar warna biru; Jangan jadi bunga di hutan, Nampak merah cium tak bau.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Temasik tempat berniaga, Masyhur sudah ke seluruh dunia; Tuan emas hamba tembaga, Manakan boleh duduk bersama.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Temasik tempat berniaga, Masyhur sudah ke seluruh dunia; Tuan emas hamba tembaga, Manakan boleh duduk bersama.
Kurik Kundi Merah SagaMuatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Semabuk pergi ke Kelang, Berniaga buah serba rasa; Makin mabuk makin meradang, Salah runding jadi kecewa.
Kurik Kundi Merah SagaAda satu Cina Kelintong, Masuk berniaga dalam kampung; Cuba kulelai cuba kugantung, Kalau tak patah tentu campung.
Kurik Kundi Merah SagaKain kasar kain dibeli, Masuk berniaga negeri Jawa; Kisar di kanan gigit di kiri, Salah timbang kecewa juga.
123

Kembali ke atas