Kurik Kundi Merah Saga | Tirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa diharap padi rendang, Daun berombak ditiup bayu; Apa diharap budinya orang, Tidak sama budinya ibu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Paku pemahat paku perigi, Paku jangan berombak lagi; Aku jahat aku pergi, Aku jangan disebut lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan tepi berkelim, Jahit baju benang berombak; Sirih pinang dapat dikirim, Rindu dendam siapa nak bawak? |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang perigi tengah laut, Cedok mari kulit lokan; Tuan pergi berombak laut, Saya di rumah mengira bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Seorang berperang seorang bertombak, Masing-masing tunjukkan jantan; Bukit bertepuk gunung berombak, Datang air jadi sempadan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Sultan bersarung kuda, Buku siap bermain kilarnak; Anjung yang tetap menjadi legar, Dipandang laut berombak tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menjahit benang sutera, Putus benang habis tercampak; Biar ribut angin utara, Asal lautan jangan berombak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau purut batang berduri, Mari dilurut hujung tambak; Kalau tuan menjauh diri, Biar saya mati berombak. |