Kurik Kundi Merah Saga | Orang berkebun saya berkebun, Dalam kebun bertanam bunga; Orang berpantun saya berpantun, Dalam pantun ada makna. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok jelutung getah jelutung, Buat getah burung merpati; Abang berpantun adik berpantun, Dalam pantun mengikat hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berpantun di Kampung Hulu, Sambil mencabut ulam bermi; Tujuh tahun musim berlalu, Baru tersedar rumput di bumi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan gambus gila di pekan, Melagui hendak berpantun; Bukan bagus kami gilakan, Akal dan budi dialu-alukan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nak berkebun berkebun sangat, Buah limau masak layu; Nak berpantun pantun sangat, Macam Cina masuk Melayu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan memetik rambai, Rambai ada di hujung dahan; Sungguh berpantun kita beramai, Berserah kita kepada Tuhan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Jeddah pulang ke Jeddah, Segala harta di bawa balik; Berpantun sudah berdoa pun sudah, Teruna dan dara masuk ke bilik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina pelihara babi, Diberi makan daun keladi; Anak siapa berpantun tadi, Cuba pantun sekali lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain batik bunga bercantum, Akar-berakar raja Semarang; Orangnya cantik pandai berpantun, Datang ke mari tidak terbuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan hendak berkebun, Air ngat dalam cawan; Kalau tuan pandai berpantun, Jangan bagi hangat hati kawan. |