Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.rang] | برڤرڠ

Definisi : melakukan perang, berjuang, ber­tempur: mereka ~ utk mempertahankan kedaulatan negara mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.rang] | برڤرڠ

Definisi : berlawan dgn musuh secara besar-besaran dgn menggunakan senjata: Selama dlm latihan, mereka diajar ttg cara menggunakan senjata, dan ttg cara ~ juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perang
Kata Terbitan : peperangan, berperang, memerangi, memerangkan, memperperangkan,

Puisi
 

Seorang berperang seorang bertombak,
     Masing-masing tunjukkan jantan;
Bukit bertepuk gunung berombak,
     Datang air jadi sempadan.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Kalau tak takut akan mati,
     tak sedunia perang;
kalau tak takut akan alah,
     tak sedunia sabung.

Bermaksud :

Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali pergi berperang, Pergi berperang dengan senjata; Awan di langit kalau terang, Cahaya bintang baru nyata.
Kurik Kundi Merah SagaSeorang berperang seorang bertombak, Masing-masing tunjukkan jantan; Bukit bertepuk gunung berombak, Datang air jadi sempadan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau berperang di dalam kubu, Tombak lembing buat perisai; Kalau hilang ayah ibuku, Seperti karang bunga berderai.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berperang jatuh tersungkur, Buat kubu sebelah kiri; Adat di hutan harimau mengambur, adat Adat lalang makan api.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berperang dalam negeri, Negeri bernama Inderagiri; Mandi berlimau panau berseri, Hendak memikat tuan puteri.
Kurik Kundi Merah SagaLaksamana pergi berperang, Pacu kuda dari Patani; Saya naga bertapa di padang, Sekalian bisa di tangan kami.
Kurik Kundi Merah SagaDua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja turun berperang, Menemui seekor burung terkikir; Tuan laksana bulan terang, Cahaya terus di dalam air.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina masuk berperang, Bawa senjata dengan rotan; Sungguh rimau panglima garang, Pelanduk kecil raja di hutan.
Kurik Kundi Merah SagaKapal terbang masuk Perlis, Kalah berperang negeri Jerman; Bunga kembang ambil tak boleh, Ada kumbang di dalam taman.
12

Kembali ke atas