Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.cu/] | برڤوچوق

Definisi : 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpucuk

Puisi
 

Ikan tenggiri makan menyambar,
     Cuka-cuka dalam peti;
Bila berpucuk daunnya lebar,
     Akar menjalar ke sana ke mari.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti pucuk ru,
     ke bawah tidak berurat,
di tengah-tengah dilarik (= digerek) kumbang.

Bermaksud :

Kedudukan (keadaan) yang tidak terjamin, sebentar-sebentar dapat berubah. (Bandingkan dengan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPokok beringin berpucuk muda, Tempat camar tumpang meniti; Kerana miskin emas tiada, Tertolak lamar terurailah janji.
Kurik Kundi Merah SagaIkan tenggiri makan menyambar, Cuka-cuka dalam peti; Bila berpucuk daunnya lebar, Akar menjalar ke sana ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merbuk sambar tekukur, Lepas sekali menjadi punai; Terung berpucuk limau bertabur, Puaslah hati membeli mahal.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke pulau mengambil kerang, Bawa mari Kuala Linggi; Baru berpucuk belum bercabang, Sudah nak jadi pohon yang tinggi.
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas?
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas?

Kembali ke atas