Kurik Kundi Merah Saga | Timur mari selatan mari, Jangan diajak darat laut; Hidup kita bersama mati, Bersama ajal dan maut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan sirih dalam cerana, Daun sirih sudah layu; Ke hulu bersama ke hilir bersama, Macamlah isi dengan kuku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Alang-alang betis pelanduk, Kita matikan tetauk muda; Pantang helang bersama manuk, Lama-lama bersama jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak bunga tidak berbunga, Tanam ke darat berbunga juak; Dalam dunia tidak bersama, Dalam akhirat bersama juak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanamlah bunga tidak berbunga, Tanam ke darat berbunga jua; Di dalam dunia tidak bersama, Di dalam akhirat bersama jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jikalau mandi bersama mandi, Sama seceduk sama sepapan; Jikalau mati bersama mati, Sama setiang sama sekapan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak mandi bersama mandi, Mandi secedok sama sekawan; Hendak mati bersama mati, Hendak selorong sama sekapan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudahlah pasang air di laut, Tidakkah mahu mandi bersama; Sudahlah datang malaikat maut, Mahukah tidak mati bersama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudahlah pasang air di laut, Tidakkah mahu mandi bersama; Sudahlah datang malaikat maut, Mahukah tidak mati bersama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada kaca di pintu, Ke mana pergi bawa bersama; Kalau tuan kata begitu, Di mana pergi saya bersama. |