Kurik Kundi Merah Saga | Ikan buntal tidak bersengat, Mari jatuh atas titi; Tepuk bantal panggil semangat, Ingin bersua dalam mimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Duduk-duduk di tepi pantai, Ambil joran pancing selampai; Kumbang bersengat kalau sampai, Memang layu bunga di tangkai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang ini petang Jumaat, Anak kuda mandi terjun; Bukan tak tahu kumbang bersengat, Baik jaga bunga di kebun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar di Ulu Langat, Tempat duduk anak Cik Mamat; Kalau betul lemah semangat, Tak boleh bercampur keli bersengat. |