Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , bersepah-sepah 1. = tersepah berserak-serak (dgn tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat: rambut dan habuk ~ di lantai; 2. = menyepah bp banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat): bukankah banyak buah belolok dlm kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bertabur di merata-rata tempat; berselerak: Bangkai binatang ~ dan berbau busuk. 2 dpt diperoleh di merata-rata tempat kerana banyak; banyak sekali: Sekarang ini buah durian ~ di mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersepah.

Puisi
 

Jambu muda dari Rawa,
     Gugur bersepah di kebun Pak Ali;
Tinggallah semua sanak-saudara,
     Saya pergi jangan dicari.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHanyut bersepah tempurung, Basahlah tangan tersiram santan; Ingat-ingat ayam berkurung, Helang bermain di tengah halaman.
Kurik Kundi Merah SagaJambu muda dari Rawa, Gugur bersepah di kebun Pak Ali; Tinggallah semua sanak-saudara, Saya pergi jangan dicari.
Kurik Kundi Merah SagaDi Kampung Hulu banyak temu, Tumbuh bersepah merata-rata; Adakah tahu nasib temanmu, Sentiasa berendam airnya mata.
Kurik Kundi Merah SagaBunga sena kuning mencelah, Daun kering jatuh bersepah; Saya yang hina buang sebelah, Hidup di dunia bagai sampah.

Kembali ke atas