Kurik Kundi Merah Saga | Naik rakit bersila panggung, Patah galah batang keladi; Kalau sakit nak minta tolong, Mentekedarah tidak bergigi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudah bernama lagi bertuah, Singgah bersila lalu duduk; Asal bunga menjadi pelepah; Adakah pelepah melawan pucuk? |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga pudak tujuh setangkai, Gajah bersila di uratnya; Angin ribut boleh kutangkal, Hati gila apa ubatnya? |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning di muka pintu, Gajah bersila di dalam mangkuk; Putih kuning di muka pintu, Buat ubat mata mengantuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning di muka pintu, Gajah bersila di dalam mangkuk; Putih kuning di muka pintu, Buat ubat mata mengantuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan disingkap tabir luanga, Raden Galuh bersila panggung; Jangan diturut hati dahaga, Sopan didapat malu ditanggung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hanyut rakit berkajang kain, Mana teluk saya bersila; Sakit badan bercerai main, Mana duduk saya bercinta. |