Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.hun] | برتاهون

Definisi : bertanam padi, bersawah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.hun] | برتاهون

Definisi : sudah ~ sudah beberapa tahun yg lalu: sudah lama Leman merantau, sudah ~ hari yg habis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertahun

Puisi
 

Hujan turun di rimba belukar,
     Anak itik dikepung nyonya;
Bertahun-tahun gunung terbakar,
     Embun setitik jadi pemadamnya.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

603

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah manusia lebih tajam daripada pisau dan parang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaEncik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia.
Kurik Kundi Merah SagaHujan turun di rimba belukar, Anak itik dikepung nyonya; Bertahun-tahun gunung terbakar, Embun setitik jadi pemadamnya.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih jangan tinggi, Kalau tinggi berdaun jangan; Kekasih jangan pergi, Kalau pergi bertahun jangan.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih jangan tinggi, Kalau tinggi berdaun jangan; Kekasih jangan pergi, Kalau pergi bertahun jangan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih janganlah tinggi, Jikalaulah tinggi berdaun jangan; Jika kekasih hendak pergi, Jika pergi bertahun jangan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih janganlah tinggi, Jikalaulah tinggi berdaun jangan; Jika kekasih hendak pergi, Jika pergi bertahun jangan.
Kurik Kundi Merah SagaAmbilkan saya buah delima, Masak sebiji di balik daun; Budi tuan saya terima, Jadi kenangan bertahun-tahun.
Kurik Kundi Merah SagaAyam siapa nampak rabun, Taji bisa macam racun; Sungguh songket bunga bertimbun, Bukan boleh tahan bertahun.

Kembali ke atas