Kurik Kundi Merah Saga | Bergesek rebab bertali dua, Mari gesek bertali kain; Mari adik bersahabat dua, Bersahabat saya nanti pergi ke lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapas-kapas bertali benang, Lepas benang bertali kain; Sudah lepas jangan dikenang, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cabuklah cabuk bertali umbai, Bekasnya umbai bertali purun; Adik ditabuk sedang melambai, Kalau sudi ke mari turun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bertali jalan Gumantong, Kalakati rendam di paya; Putus hati rasa bergantung, Orang benci apakan daya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Biola bertali empat, Digesel orang Semarang; Anak dagang tak bertempat, Mencari di rantau orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Benang bertali, Anak putu dikasi makan; Teguh-teguh memegang janji, Seperti paku lantak di papan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain corak bertali tangsi, Sampan sarat bermuat barang; Awan berarak ditangisi, Badan melarat di rantau orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rama-rama bertali benang, Pergi ke kota Inderaputera; Bilakah kala menjadi senang, Menderitalah hamba setiap masa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik kuda bertali sabut, Sampai ke Jawa upah ke bendang; Dulu muda semua berebut, Sudah tua siapa tak pandang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Serak dagang bertali-tali, Putik nangka bertupa-tupa; Abang balik sekali lagi, Bawa balik bunga cempaka. |