Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.nam] | برتانم

Definisi : 1. sedang bercucuk tanam, mem­buat pekerjaan pertanian: kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; 2. sl mengebumi­kan, menguburkan mayat: di bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.nam] | برتانم

Definisi : membuat kerja-kerja pertanian, spt bersawah, ber­kebun: Mereka membuat bermacam-macam pekerjaan spt memukat dan ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanam
Kata Terbitan : bertanam, menanam, tertanam, penanam,

Puisi
 

Orang Daik bertanam bayam,
     Baik lagi bertanam pegaga;
Carik-carik bulu ayam,
     Lama-lama bercantum juga.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Bertanam tebu di mulut,
     bertanam halia (= peria) di hati.

Bermaksud :

Mulut manis, hati busuk.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKekalkan Mak Busu bertanam miak, Bertanam miak di muka pintu; Kekalkan Mak Busu banyak anak, Minta seorang buat biniku.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Daik bertanam bayam, Baik lagi bertanam pegaga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga.
Kurik Kundi Merah SagaBertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaSimpan sepatu jangan dibalut, Simpan sahaja di dalam peti; Bertanam tebu di bibir mulut, Bertanam halia di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaDirikan pondok bertanam nanas, Biar saya berburu rusa; Biar orang melonggok emas, Saya niaga budi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna bertanam lada, Lada banyak di atas bukit; Apa guna mabukkan janda, Anak dara bukan sedikit.
Kurik Kundi Merah SagaSayalah tidak bertanam bunga, Tanamlah bunga di tepi perigi; Sayalah tidak ada yang punya, Bolehkah adik ikut pergi.
Kurik Kundi Merah SagaJangan dolok bertanam pisang, Tanamlah pisang tepi perigi; Jangan dolok kakanda pulang, Biarlah kita sampai ke pagi.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas dayung petani, Bertanam nanas dalam kebun; Tidakkah belas pandangkan kami, Siang berpanas malam berembun.
Kurik Kundi Merah SagaSelasih berbunga rumput, Orang Jawa bertanam serai; Bagaimana tidakkan luput, Nyawa di badan lagi bercerai.
123

Kembali ke atas