Kurik Kundi Merah Saga | Orang darat suka bertandang, Sambil bertandang membawa cangkul; Berapa berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul. |
Kurik Kundi Merah Saga | Indah-indah bawa bertandang, Pucuk pauh kicap manis; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam bawa menangis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sekapur sirih datang bertandang, Di dalam puan tersusun rapi; Tangan dihulur mata memandang, Sebagai cincin lekat di jari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Timun rendang di pintu kandang, Batang bayam saya tumiskan; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam saya tangiskan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Timun dendang di pintu kandang, Batang bayam saya paiskan; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam saya tangiskan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rendang-rendang di pintu kandang, Pucuk bayam kutumis sahaja; Rindu siang kubawa bertandang, Rindu malam kutangis sahaja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Alang-alang bawa ke kandang, Daun bayam disayur manis; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam bawa menangis. |