Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tang.kai] | برتڠکاي

Definisi : mempunyai atau memakai tang­kai: dia hanya sempat mengutip buah rambutan yg ~ sahaja; senduk kayu yg ~ panjang digunakan utk mengacau jem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertangkai

Puisi
 

Apa bunga tiada bertangkai,
     Tanam budak tepi perigi;
Sama biasa main di pantai,
     Haram tak takut berpantang mati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Kalau bertangkai boleh dijinjingkan.

Bermaksud :

Bukti yang dapat dipakai sebagai punca sesuatu penyelidikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa bunga tidak bertangkai, Itu bernama bunga rampai; Kalau tak pandai ilmu berkedai, Habis modal untung tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaApa bunga tiada bertangkai, Tanam budak tepi perigi; Sama biasa main di pantai, Haram tak takut berpantang mati.
Kurik Kundi Merah SagaBesarlah kapal di pulau itu, Keluar asap bertambun-tambun; Kembanglah bunga di taman datu, Bertangkai kaca berdaun embun.
Kurik Kundi Merah SagaBentang tikar luas-luas, Tempat sawa menyeru lampai; Berladanglah anak luas-luas, Kirimkan saya emping bertangkai.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke pantai, Petik bunga tiga setangkai; Sudah kutahu bungaku rampai, Hendak kusunting tidak bertangkai.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke pantai, Petik bunga tiga setangkai; Sudah kutahu bungaku rampai, Hendak kusunting tidak bertangkai.

Kembali ke atas