Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.mu] | برتمو

Definisi : 1. berjumpa (dgn), bersua (dgn), tersua: dia ~ dgn anak muda itu ketika menonton filem; 2. berhadapan muka (dgn), bersemuka (dgn): terlebih baik aku ~ dgn harimau drpd ~ dgn bapaku; 3. memperoleh (barang yg dicari dll), mendapat, menjumpai: ia mencari air tetapi tidak juga ~; 4. = ~ pd (di) ada di, terdapat di, kedapatan: tidak akan ~ air tawar di kawasan ini; 5. bersambung atau berhubungan menjadi satu (sungai dgn sungai dll): maka adalah khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan; kain panjang yg tidak berjahit ~; 6. cocok (perkataan dgn perbuatan dll), sesuai, benar-benar berlaku (ramalan, dugaan, dll), tercapai (cita-cita), berhasil, sampai: akhirnya cita-citanya itu ~ juga; 7. mendapat bahaya dll, kena: dlm dunia perkahwinan kau nanti ~ sedikit-sedikit kesulitan dan masalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.mu] | برتمو

Definisi : 1 berjumpa (dgn); ber­sua (dgn): Dlm perjalanan itu, me­reka ~ dgn seekor harimau. Kemudian, Tun Mamat ~ dgn sebuah taman yg terlalu indah buatannya. 2 beroleh atau mendapat sesuatu yg dicari: Ia mencari air tetapi tiada juga ~. 3 berhubung atau bercantum menjadi satu (ttg sungai dll): Khabarnya, hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan. ~ dgn maut meninggal dunia; mati. ~ muka berhadapan muka; bersua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Hendak berlengu boleh berlengu,
     Hendak berlengu Padang Seberang;
Hendak bertemu boleh bertemu,
     Hendak bertemu sesama seorang.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Bertemu mura dengan tedung.

Bermaksud :

Sama-sama pandai dan sama-sama kuat. mura = ular yang sangat bisa.

 

Lihat selanjutnya...(37)

231

When Greek meets Greek, then comes the tug of war

Apabila dua lawan yang sama kuat bertembung maka akan tercetuslah persaingan atau pergelutan yang sengit dab berlarutan.

Bertemu mura dengan tedung

They world surely be a long drawn-out battle since both great powers are equally strong - when Greek meets Greek, then comes the tug of war

Pertempuran itu pasti akan berpanjangan memandangkan kedua-dua buah kuasa besar itu sama kuat - bertemu mura dengan tedung.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaNak berlemu boleh berlemu, Kalau berlemu Padang Seberang; Nak bertemu boleh bertemu, Kalau bertemu abang seorang.
Kurik Kundi Merah SagaHendak berlengu boleh berlengu, Hendak berlengu Padang Seberang; Hendak bertemu boleh bertemu, Hendak bertemu sesama seorang.
Kurik Kundi Merah SagaRama-rama terbang berdebu, Sudah berdebu berderai pula; Lama saya tidak bertemu, Sudah bertemu bercerai pula.
Kurik Kundi Merah SagaAnak lembu tak tahu ke lembu, Pintal tali kembar tiga; Kalau nak bertemu tak tahu bertemu, Cuba nanti di jalan telaga.
Kurik Kundi Merah SagaPagar ada bertemu tidak, Buah segamat di dalam peti; Berpandang ada bertemu tidak, Rasa kiamat di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaSaya bertemu Kuala Halus, Rumah dinaik di dalam puan; Badan saya semadi kurus, Bawa berahi denganmu tuan.
Kurik Kundi Merah SagaPutik kaduk Ulu Telemu, Singgah bertemu di Pantai Wali; Saya tak mabuk kerana ilmu, Mabuk saya kerana janji.
Kurik Kundi Merah SagaPinang tua beraga-raga, Pinang muda bertemu hati; Orang tua mengada-ngada, Orang muda apa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaBaju Pak Tua kusut lengan, Ageh bersiar keduanya; Bertemu jalan dengan tunangan, Gelak melengah keduanya.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih samaselasih, Kalau tinggi ambil galah; Sungguhpun jadi bertemu kasih, Jodoh pertemuan di tangan Allah.
1234567

Kembali ke atas