Kurik Kundi Merah Saga | Tengah mengatih bertenun jangan, Kalau bertenun secara kembang; Kalau berkasih bersenyum jangan, Kalau bersenyum ketawa dek orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau bertenun secara kembang, Limau kerbau masak merekah; Kalau bersenyum ketawa dek orang, Ambil tuk lebai baca nikah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dang Ratni berkain merah, Kain bertenun dari Palembang; Tiada saya menaruh intan yang indah, Bunga melur baru nak kembang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan tanpa cahaya, Raja Mesir bertenun kain; Tuan kupandang tanpa cahaya, Kalau tiada cinta yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain ini kain kubeli, Tengah mengatih bertenun jangan; Main ini main mencuri, Kalau berkasih bersenyum jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain ini kain kubeli, Tengah mengatih bertenun jangan; Main ini main mencuri, Kalau berkasih bersenyum jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lagi Teluk ke Pantai Lepas, Raja Mersing bertenun kain; Sudah dipeluk jangan dilepas, Jangan sanggang bunga kain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Teluk ke Pantai Lepas, Raja Mersing bertenun kain; Sudah dipeluk jangan dilepas, Biar tanggal bunga di kain. |