Kurik Kundi Merah Saga | Rumah bertiang dinding papan, Tanam selasih di tengah laman; Biar hilang segala harapan, Namun kasih hamba turutkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal layar bertiang tiga, Tiang keempat batang galah; Ikhtiar ilmu bahagian kita, Hasil pendapatan di tangan Allah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal baluk bertiang tiga, Dibawa masuk ke Pontianak; Bulan mabuk matahari gila, Apa fikiran orang yang banyak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah cengal bertiang berancak, Kayu jelutung si kayu nangka; Orang Jengal sungguhlah bijak, Pandai berpantun pandai berseloka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua bertanduk bertiang tiga, Dari masuk berkunci tiada; Bulan masuk matahari gila, Abang diharap dipandang tiada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang palung di atas bukit, Penyimpai mari Hulu Pemarang; Bertiang gantung barang sedikit, Buat bakul menyandang barang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah jambu dimakan kera, Dipetik Rukiah lari ke hutan; Ilmu itu bertiang tiga, Dialah cahaya penyuluh jalan. |