Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : padi yg digoreng (direndang) tanpa minyak dan dibuang kulitnya: kemudian barulah dijamu puteri itu, ditabur ~ dan beras kunyit serta dipercik tepung tawar; spt ~ digoreng = spt ~ direndang bunyi senapang yg tidak berputusan;membertih 1. menjadi bertih: padi sudah mulai ~ di dlm kuali; 2. berbunyi spt bertih digoreng: tembakan yg ~ berlarut-larutan sehingga dinihari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertih I

Puisi
 

Padi pulut padi Melaka,
     Belum direndang bertih dahulu;
Hati perut hati celaka,
     Belum dipandang dah kasih dulu.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAmbil bertih dari hulu, Isi mari di dalam balang; Bersihkan laman kita dahulu, Baru bersihkan halaman orang.
Kurik Kundi Merah SagaPadi pulut padi Melaka, Belum direndang bertih dahulu; Hati perut hati celaka, Belum dipandang dah kasih dulu.
Kurik Kundi Merah SagaNak dulang kubagi dulang, Dulang bekas hantar bertih; Nak pulang kubagi pulang, Pulang cik tuan gajah putih pulang
Kurik Kundi Merah SagaHendak dulang kuberi dulang, Dulang berisi antah bertih; Hendak pulang kuberi pulang, Pulang beriring gajah putih.
Kurik Kundi Merah SagaItik bukan ayam pun bukan, Anaklah angsa memakan bertih; Adik bukan abang pun bukan, Sajalah saya hati nak kasih.

Kembali ke atas